Thursday, 21 January 2016

My Secret Crush is My Husband

  Lelaki itu sering mencuri tumpuan aku tahun lepas.Dia memakai cermin mata,kurus,tinggi, kulit hitam manis tapi kalaulah dia senyum untuk diriku pasti iman aku tergugat, berbaju pengawas warna biru dan sering kali aku melihatnya kerana dia adalah naib ketua pengawas di sekolahku tahun lepas.Aku menjadi secret admirer dia dalam diam.Well, aku tersuka kat dia secara tiba-tiba.Aku tak tahu bagaimana hati aku terpikat dengan suaranya bila mengetuai bacaan yassin harian setiap pagi walaupun dia garau tapi biasa la dah akil baligh memang kebanyakkan macam tu.

  Tiba-tiba ada seseorang yang menepuk bahu aku.Aku terkejut."Syahirah, woi kau tau tak aku panggil kau banyak kali kau tak jawap-jawap.Kau ni sakit ke?"ujar Fatin , kawan karibku atau lebih kepada bff aku.Dia tahu banyak pasal aku tetapi satu saja yang dia tak tahu ialah pasal secret yang aku suka kat senior tu.Ya, dia ialah senior bagi kami walaupun beza umur hanyalah dua tahun dan ya juga, dia tingkatan 5 kelas Sains tahun lepas.Tahun aku tingkatan 4 kelas Sains.Maknanya tak lama lagi hidup aku akan menjadi lebih sibuk.Bff aku yang ni kitaorang dah kawan dalam 4 tahun lebih.

 "Syahirah kau ni macam dah kena demam la aku tengok"kata Fatin lagi."Mana ada la aku tengok buat kerja sekolah ni"kata aku.hahaha, memang la aku tengah berangan - angan kalaulah 'dia' tu jadi suamiku lagi best."woi, kerja sekolah la sangat padahal dari tadi tangan tak bergerak pun, dakwat pen pun tak kena kertas atau kau ingat ni cerita doraemon ke yang boleh dibantu oleh alat-alat daraemon?"kata Fatin.Ok, sekarang jangan slah faham Fatin ni bukannya garang sangat pun dia ni senang saja diajak berbincang.Fatin ni orang jenis straight-forward saja tak berlapis punya tapi dia memang baik.Fatin antara orang dalam kelas yang selalu buat bising.Tanpa dia,tak ceria la kelas kami.Bila suasana muram, memang terasa amat malas dan tak bersemangat

  Seperti korang dah tahu nama aku Syahirah.Aku ni jenis yang suka berahsia sikit.Yelah, tak semua nak bagitau orang.Malu la jugak.
Aku berkulit kuning langsat dan berketinggian sederhana dalam 157cm.Aku ni outgoing bila dengan bff,peramah sikit dengan kawan-kawan dan pendiam dengan stranger sebab dengan stranger aku tak tahu dan tak biasa bercakap dengan diorang.Selain itu, aku jugak ada perasaan segan dengan orang yang belum dikenal pasti walaupun satu sekolah.Aku ni susah sikit kalau nak bercampur dengan sesetengah budak lelaki.

  Tiba-tiba handphone yang bernada deringkan lagu 'I cant say' by 'vixx' menandakan panggilan masuk,bila tengok siapa rupa - rupanya Airil, bff aku sejak sekolah rendah.Airil ni seorang lelaki yang ceria ,kadang-kala senyap tapi bila dia cakap mengalahkan perempuan.Dia pun sebaya aku.Dia pelajar yang pandai so kitaorang ni tak sama sekolah.Ya, masa UPSR dia dapat 5A manakala aku dapat 1A saja.Tahun lepas PT3 dia dapat 8A, aku pulak 4A.Beza yang ketara kan?Tetapi dia tak sombong.Perangai dia tetap dia.Aku rindu juga nak jumpa dia tetapi dia ni duduk asrama sebulan sekali baru balik tu pun kalau sempat kitaorang ni dapat jumpa sekejap saja.Sekarang ni dia makin handsome dan tinggi.Ok, berhenti setakat tu.Aku terus menjawab panggilan Airil."Assalamualaikum, Syahirah"kata Airil membuka bicara.Aku menjawab "Waalaikumusalam,Airil.Ada apa kau telefon aku time-time macam ni?"terus aku lontarkan soalan."Tak ada la penting sangat cuma nak tanya kau free tak hari ni sebab lama juga la tak jumpa bff aku yang satu ni.Sorry la bulan lepas aku tak balik."kata Airil lagi."Takpa aku faham.Jom jumpa kat tempat biasa."kata aku."Orait, jumpa kul 10 pagi nanti, bye."kata Airil."Ok,bye"kata aku.

  Aku macam biasa pakai baju t-shirt lengan panjang warna purple yang bermotifkan bentuk hati dan berseluar jean berwarna hitam.Aku memandang jam di dinding bilik yang menunjukkan pukul 9:55 pagi.Aku terus pergi keluar rumah dan ke tempat yang di tujui.Tempat yang selalu aku dan bff laki melepak dan berjumpa ni dekat saja, boleh jalan kaki ja dari rumah.Sampai saja, dah pukul 10 pagi tepat.Aku nampak seorang lelaki yang berkulit kuning langsat berbaju kemaja warna biru dan berseluar jean warna biru.Terserlah lagi kekacakkan  dia bila pakai macam tu tapi aku sedikit pun tak tergugat dengan wajahnya.

  Dia ni jenis tak layan perempuan sangat tapi entah macam mana aku boleh rapat dengan dia.Dia ni kira boleh tahan popular la, kadang-kadang aku yang terpaksa 'handle' keadaan sebab ramai sangat orang yang suka dia.Aku ni jenis tak ambil tahu sangat bab cinta ni sehinggalah aku jatuh cinta dengan lelaki tu.Ohh ya, lupa nak bagitahu nama ex-student tu Tarmizie.Aku kenal dia tu macam tu je tak pernah nak tegur pun sebab rasa gugup.Tak sangat aku, Nur Syahirah memalukan diri sendiri dihadapan seseorang yang amat disukainya.Orang yang aku suka tu aku tak tahu la dia sedar ke tidak kewujudan aku di sekolah tu.Aku tahun lepas tak aktif sangat dalam kokurikulum,boleh dikatakan aku ni jenis tak sukan tapi badan aku tetap kurus dan sihat.Anti-body aku pun kuat sidikit berbanding tahun lepas sebab tahun lepas aku asyik tak datang sekolah kerana tak dapat menyesuaikan diri dengan kepanasan yang melampau atau lebih dikenali sebagai strok haba.

Sebenarnya, tahun lepas aku ada banyak crush.Satu seperti yang korang tahu secretly im in love.Second, budak lelaki 4 Sains so that means tahun ni 5Sains yang bernama Ali muka dia putih,tinggi, perangai kebudakan dan serius.Third, budak lelaki yang sama kelas dengan aku yang bernama Zarul tahun kelas 4Sains dia ni tinggi,kulit kuning langsat jenis gila kuasa,lawak,poyo,kebudak-budakan dan tak menjalankan tugas.Ketiga-tiga yang aku suka ni semua ada memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.Itu perkara biasa kalau ada banyak crush sebab belum tentu lagi dia jadi milik kita selamanya.Tetapi dalam 3 orang tu, dia la yang paling aku suka banyak.So, that means I like him turn to be I really love him.I do love him.I want him to be my husband.

Tiga tahun kemudian...

  Hubungan aku dengan Airil ni still best friend not a boyfriend girlfriend relationship.Tempat kitaorang selalu berjumpa kat tasik.So, sedang kitaorang rancak sembang,aku ada la ternampak dia lalu naik motor lepas tu dia berhenti pulak betul-betul depan kami bertiga, ya bertiga aku , sepupu aku yang bernama Liana dan Airil.Kitaorang tak nak orang salah faham so kitaorang minta sepupu aku teman.Tak elok orang tengok anak dara berdua-dua dengan tidak ada pertalian darah.Well,sepupu aku duduk kat tepi tasik,kami berdua pulak berdiri.Lepas 'dia' tutup enjin motor, dia datang ke arah kami bertiga tapi dia tak nampak la sepupu aku bagi dia dua je la."Assalamualaikum, maaf la ganggu nak joint sekali boleh?"Tarmizie berkata sebagai pembuka bicaranya."Waalaikumussalam,boleh ja" jawab kami bertiga serentak.Muka dia mempamerkan rasa terkejut."La tadi ingatkan dating    berdua rupanya ada teman.Tak nampak pulak tadi,"kata Tarmizie."Mana ada dating kitaorang hangout tempat biasa kitaorang jumpa ja,"serentak Airil dan aku menjawab."Weyh, jom buka topic lain," kata Liana selepas beberapa minit berdiam diri.Dah tiga tahun aku tak terjumpa dia dia semakin kacak.

  Setelah hampir 1 jam kitaorang melepak,mengimbas kembali masa lalu dah tiba masauntuk balik rumah.Apabila sampai saja rumah.Mak dan abah aku duduk di ruang tamu sambil buat 'pose' menunggu.Bila aku dah disedari sampai ke rumah,abah aku berkata"Kakak, abah dengan mak nak bincang sedikit dengan kamu."Dalam fikiran aku mula berserabut memikirkan apa yang akan dibincangkan .Lalu aku terus duduk dihadapan mak abah aku.Abah aku memulakan bicara dengan ayat yang tak pernah aku terfikir"Syahirah, ada orang masuk meminang kamu pagi tadi dalam pukul 10:30 pagi.Diorang kata orang yang kamu akan tunang tu dia tua 2 tahun daripada kamu.Dia sekolah sama dengan kamu tahun lepas."kata abah aku lagi."Siapa nama dia"kata aku.Lalu mak aku yang dari tadi tidak bersuara mula berbicara"Nama dia Muhd. Tarmizie"kata mak aku.Aku lantas berkata"Setuju".Lalu abah aku berkata" baru ja nak tanya dah punya cepat jawab".Aku tergelak cover malu."Kalau setuju, 2 minggu lagi ada majlis bertunang kamu dan Tarmizie."kata abah.Dalam hati aku hanya tuhan saja tahu betapa gembiranya aku saat mendengar namanya disebut kalau orang lain sah-sah aku reject konon-konon masih belajar lagi.

  Dua minggu kemudian seperti yang ditunggu, hari ini aku menjadi tunang abang Tarmizie.Fatin memeluk tubuh aku "Cepatnya masa berlalu kau dah jadi tunang orang dah walaupun masih belajar di universiti lagi.Aku gembira kalau kau bahagia.Aku tak sangka kau awal-awal lagi dah terikat dengan abang Tarmizie.Kau suka kat dia,erk?,"tanya Fatin."Boleh la,"jawab aku."Sejak bila?"tanya Fatin lagi.Maybe aku patut memberitahu rahsia yang aku simpan daripada Fatin,mungkin dah tiba masanya untuk Fatin tahu yang selama ini aku mencintai lelaki yang sekarang ini menjadi tunang aku.Selepas habis sahaja bercerita, muka Fatin terus terlopong.Seriously rasa macam nak ambil gambar saja time macam ni sebab rare betul nak tengok muka Fatin macam ni.Selepas terlopong beberapa minit, Fatin mula buat-buat merajuk sebab tak bagitahu dia tentang secret tu dan selepas pujuk dia pun ok dah.

 "Fine, tapi kalau nak kahwin tu jemputlah aku masa akad nikah dan make sure aku duduk sebelah kau also don't forget to tell Airil too,alright?,"kata Fatin."Alright, miss Fatin"kata aku."Hurmm, nampaknya tak lama lagi kau tak dapat la nak hangout dengan dua bff kau ni.Kau ni diam-diam ubi berisi tak ada berita tak ada apa-apa tiba-tiba dalam 4 bulan lagi nak kahwin dah.Tak macam aku, aku ada boyfriend tapi bila entah dia nak masuk meminang.Kau single ja tapi dah nak kahwin,aku ni dah couple 5 tahun tapi tetap tak ada berita baik dari dia.Apapun dalam masa 4 bulana hangout lebih kerap lagi tau."kata Fatin lagi.Apa pun aku akan rindu time macam ni.

  3 bulan kemudian...
Detik yang bersejarah akan datang dalam beberapa bulan lagi.Aku berharap aku dapat menjadi isteri yang solehah kepadanya.Aku dan abang Tarmizie pun kadang-kadang keluar untuk membeli dan menempah barang untuk majlis perkahwinan kami.Dia pun semakin sporting dan terbuka dengan aku.Itu menambahkan perasaan cinta aku terhadap dia.Semua sudah sedia tinggal tunggu bulan depan untuk dilangsungkan.

Hari yang ditunggu...
 Hari ini dengan sekali lafaz akad nikah aku Nur Syahirah dengan rasminya menjadi isteri kepada Muhd Tarmizie.Aku menyalam dan mengucup tangan suami aku dan dia mencium dahi aku.Ramai yang hadir menyaksikannya antaranya Fatin,Airil,kawan lama aku serta sanak saudara kami berdua.

 Aku tunggu di bilik, bila pintu dibuka seorang lelaki yang berbaju melayu berwarna ungu datang menghampiri aku lalu duduk di sebelah aku lalu bertanya kepada aku"Adakah sayang terima abang sebagai suami kamu dengan ikhlas?,"tanya abang Tarmizie.Aku menjawab "ya, abang Tarmizie.Ira nak tanya abang Tarmizie kenapa abang pinang Ira?,"tanya aku.Abang Tarmizie menarik nafas lega dan memulakan bicara"Abang suka pada Ira, tak abang cintakan Ira sejak kali pertama Ira mula pindah ke sekolah tu.Abang suka cara Ira layan orang dan Ira tak layan lelaki banyak sangat.Bila abang jumpa Ira beberapa bulan lepas, abang ingatkan Ira dating Airil sebab abang nampak macam kamu berdua ni macam ada hubungan lebi h daripada kawan.Abang jealous that why abang joint korang.Nasib baik korang bff ja dan abang baru nampak seorang lagi.So, abang ambil keputusan untuk pinang Ira sebelum Ira dipinang orang lain.Izinkan saya Muhammad Tarmizie menjadi suamimu selama-lamanya bagi Nur Syahirah."kata Tarmizie."Abang Tarmizie tak perlu la macam tu sekali malaulah Ira.Ira pun dah lama cintakan abang Tarmizie.Tarmizie mengukirkan senyumannya.Subhanallah,sungguh cantik ciptaan Allah.Hati aku terus cair."Terima kasih kerana hadir untuk diriku"kata Tarmizie.Ya Allah, akhirnya wish aku tercapai.Bermula la kisah suami isteri.Semoga bahagia berkekalan buat aku dan dia.My secret crush is back to me♥♥♥

#this is my second cerpen hope you all like this

1 comment:

  1. Blackjack Casino, Richmond, VA - Mapyro
    › blackjack-casino-virginia-mapyro 부천 출장안마 › blackjack-casino-virginia-mapyro 고양 출장마사지 Play Blackjack online 광양 출장샵 with the largest selection of 안동 출장안마 Blackjack Tables in our website. Discover maps and 남양주 출장안마 book your tables quickly.

    ReplyDelete